AM > BERITA

Kebakaran Putra Heights: Air Selangor Beri Rebat Satu Bulan Bil Kepada Pelanggan Terjejas

11/04/2025 03:56 PM

SHAH ALAM, 11 April (Bernama) -- Pelanggan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas, akan dikecualikan bayaran bil air bagi bulan Mac.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan rebat sebanyak 100 peratus untuk satu bulan secara one-off itu diberikan bagi membantu meringankan beban pelanggan terlibat.

Selain itu, syarikat utiliti itu turut menyediakan beberapa bantuan lain seperti tidak mengenakan caj bagi penyambungan semula bekalan air untuk rumah yang mengalami gangguan air akibat kebakaran tersebut.

“Bantuan lain yang disediakan adalah tiada caj minimum dikenakan ke atas premis yang tiada penggunaan air dalam satu tempoh hingga diputuskan kemudian.

“Air Selangor akan terus mengikuti perkembangan di kawasan terjejas dan komited membantu pelanggan kami di Putra Heights yang terlibat mengikut keperluan semasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pelanggan yang terkesan diminta menghubungi wakil Jabatan Khidmat Pelanggan Yasmin Hood di talian 019-2883897 bagi mengetahui maklumat lanjut berhubung bantuan yang disediakan.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan