AM > BERITA

386 Tindakan Sepanjang Pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 - KPDN

10/04/2025 12:45 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sebanyak 386 tindakan diambil terhadap peniaga yang ingkar sepanjang 15 hari pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025, termasuk kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam, berkata tindakan lain turut melibatkan kegagalan menggunakan tanda harga khas merah jambu serta tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Tindakan ini membabitkan sitaan bernilai RM12,813.84, manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM43,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan SHMMP berlangsung selama tujuh hari sebelum dan selepas serta sehari semasa perayaan, melibatkan pemeriksaan terhadap 158 premis borong dan pengeluar, selain 7,097 premis runcit di seluruh negara.

Azman berkata pemantauan dan penguatkuasaan oleh KPDN serta maklum balas daripada orang ramai mendapati pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 berjalan dengan baik dan lancar.

-- LAGI

 

KPDN-SHMMP 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

 

“Kementerian tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP. Majoriti peniaga yang  diperiksa didapati komited serta mematuhi peraturan berkaitan harga maksimum yang ditetapkan sepanjang tempoh skim ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensinya, pihak industri dan para peniaga atas kerjasama menjayakan pelaksanaan SHMMP kali ini.

Sebanyak 26 jenis barangan dikawal harga semasa pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025, bertujuan menstabilkan kenaikan harga tidak berpatutan ekoran permintaan tinggi semasa musim perayaan.

-- BERNAMA

 

TAG: KPDN, Azman Adam, SHMMP, Hari Raya Puasa 2025, harga


AEO PNW SSS RAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan