AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Johor Terus Berkurangan

10/04/2025 09:43 AM

JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor terus menunjukkan penurunan pagi ini, dengan 290 orang daripada 96 keluarga berbanding 309 mangsa daripada 104 keluarga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr. Azmi Rohani, berkata kesemua mangsa yang terjejas di daerah Batu Pahat masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.

Menurut beliau mangsa adalah penduduk di Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan, dan Kampung Parit Samijan.

“Dua sungai dilaporkan berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat dengan bacaan 3.13 meter dan Sungai Batu Pahat pada paras bacaan 2.30 meter, manakala sungai-sungai lain di negeri ini berada pada paras normal.

“Sementara itu, keadaan cuaca dilaporkan cerah di semua daerah setakat pagi ini, dan tiada amaran ribut petir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan