DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI KEBANYAKANNYA TINGGI PADA SESI AWAL

16/05/2025 10:41 AM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi pada sesi awal Jumaat.

Pada 9.17 pagi, kontrak semasa Mei 2025 tidak berubah pada 1,574.5, Jun 2025 naik tiga mata kepada 1,576.5, September 2025 menokok 7.5 mata kepada 1,566.0 dan Disember 2025 meraih 5.5 mata kepada 1,573.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,260 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,044 kontrak.

FBM KLCI meningkat 6.18 mata kepada 1,579.20 selepas 35 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Khamis pada 1,573.02.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan