DUNIA

CHINA, AS MULAKAN MESYUARAT PERINGKAT TINGGI MENGENAI EKONOMI DAN PERDAGANGAN DI GENEVA

10/05/2025 08:35 PM

GENEVA, 10 Mei (Bernama-Xinhua) -- China dan Amerika Syarikat memulakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai hal ehwal ekonomi dan perdagangan pada Sabtu, di Geneva, Switzerland, lapor Xinhua.

Sebagai ketua wakil China bagi hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-AS He Lifeng, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Naib Perdana Menteri, menghadiri mesyuarat  bersama wakil utama AS Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan