AM

BENIHANA BUKA CAWANGAN PERTAMA DI MALAYSIA BERTEMPAT DI SURIA KLCC

08/05/2025 07:05 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rangkaian restoran tepanyaki antarabangsa terkenal, Benihana, secara rasmi membuka cawangan pertama di Malaysia, terletak di tingkat empat Suria KLCC, di sini.

Menurut kenyataan hari ini, Benihana Malaysia memaklumkan cawangan itu beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, menawarkan pelanggan pengalaman menjamu selera yang unik, menggabungkan kepakaran masakan Jepun dengan persembahan memasak secara langsung di hadapan pelanggan.

"Benihana Malaysia bersedia menjadi mercu tanda baharu untuk perjumpaan keluarga, makan malam korporat dan sambutan istimewa, di tengah-tengah Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu hari ini.

Restoran itu terkenal di seluruh dunia kerana menjadikan waktu menikmati hidangan sebagai satu persembahan yang menghiburkan, dengan cef menyediakan makanan secara langsung di hadapan pelanggan menggunakan seni memasak tepanyaki di atas meja.

Cawangan baharu ini juga menampilkan ruang makan utama dengan stesen tepanyaki tempat duduk terhad, menawarkan pandangan barisan hadapan terhadap kemahiran cef memasak yang mengagumkan. Menu juga diperbanyak dengan pelbagai hidangan Jepun moden yang menonjolkan rasa dan ramuan berkualiti tinggi.

Ruang makan peribadi turut disediakan untuk acara lebih istimewa, seperti sambutan atau pertemuan perniagaan, lengkap dengan perkhidmatan khusus dalam suasana penuh bergaya.

Benihana, yang berasal dari bandar raya New York, kini mempunyai 79 cawangan di seluruh dunia, dan telah membina reputasi sebagai destinasi bagi mereka yang mahukan makanan berkualiti dan pengalaman menikmati hidangan yang menghiburkan.

Continuum Hospitality Group membawa Benihana ke Malaysia dengan kerjasama Minor International, di bawah kerjasama francais induk.

Dalam kenyataan sama, Pengarah Benihana Malaysia Kyran Arusalm berkata jenama itu bukan sekadar makanan, tetapi tentang mencipta detik - tawa di sekitar meja, rasa kagum semasa persembahan masakan, dan rasa yang kekal lama walaupun selepas selesai makan.

"Kami teruja untuk berkongsi keajaiban itu dengan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Continuum Hospitality Group Kesavan Purusotman berkata syarikat berkenaan berbangga membawa pengalaman Benihana ke Malaysia.

"Kami lebih berbangga memperkenalkannya di lokasi mercu tanda, seperti Suria KLCC. Kami menantikan kehadiran pelanggan ke tempat yang menawarkan makanan hebat, persembahan menghiburkan dan kenangan abadi," katanya.

Maklumat lanjut dan kemas kini, orang ramai boleh mengikuti Benihana Malaysia menerusi Facebook dan Instagram @BenihanaMalaysia.

-- BERNAMA

 

Penafian: Berita ini ialah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel berkenaan.

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan