KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, April 2025 naik 3.5 mata kepada 1,512.50, Mei 2025 meningkat lima mata kepada 1,512.0, Jun 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,510.50 dan September 2025 menokok empat mata kepada 1,495.50.
Jumlah dagangan sebanyak 11,622 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 58,896 kontrak.
Pada 9.48 pagi, indeks kadar asas FBM KLCI meningkat 5.0 mata kepada 1,514.20 daripada 1,509.20 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA