EKONOMI

NIAGA HADAPAN FBM KLCI TINGGI PADA TENGAH HARI

24/04/2025 01:43 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai.

Pada rehat tengah hari, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing meningkat 5.5 mata kepada 1,502.0 dan 1,502.0 manakala Jun 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,499.50 dan September 2025 naik 4.0 mata kepada 1,482.0.

Jumlah dagangan sebanyak 10,045 lot, dengan kepentingan terbuka pada 50,404 kontrak.

 Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.47 mata atau 0.36 peratus kepada 1,506.66 daripada 1,501.19 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan