AM

(TIDAK RASMI): BN BERJAYA PERTAHANKAN KERUSI DUN AYER KUNING

26/04/2025 08:45 PM

TAPAH, 26 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira.

Calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek meraih 5,603 undi manakala Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia) mendapat 1,004 undi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung. 

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Allahyarham Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan