WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SPRM TAHAN DUA WARGA ASING CUBA SOGOK ANGGOTA POLIS

19/05/2025 04:47 PM

KOTA BHARU, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua warga asing kerana disyaki cuba merasuah anggota polis di Tumpat, awal pagi tadi.

Menurut sumber kedua-dua lelaki masing-masing warga Bangladesh dan Myanmar yang berusia 25 dan 27 tahun itu dipercayai menawarkan wang tunai RM200 kepada anggota polis terlibat yang sedang menjalankan rondaan.

"Kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Kelantan kira-kira 1.30 pagi. Rasuah itu dipercayai bertujuan memujuk anggota berkenaan agar tidak menjalankan pemeriksaan rutin,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana memberi suapan kepada penjawat awam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan