WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SIDANG KEMUNCAK ASEAN: KPM BERI KEBENARAN 71 SEKOLAH LAKSANA PDPR

17/05/2025 02:18 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.

“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.

“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” menurut KPM dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.  

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Berikut ialah senarai 71 sekolah yang terlibat:

 

KUALA LUMPUR:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas 
  2. SMK Puteri Wilayah 
  3. SMK Padang Tembak 
  4. SMK Puteri Ampang 
  5. SMK Seri Ampang 
  6. SMK Puteri Titiwangsa 
  7. SMK Seri Titiwangsa 
  8. St John Institution 
  9. Sekolah Kebangsaan (SK) Convent 1 dan 2 Bukit Nanas
  10. SK St John 1
  11. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Kai
  12. SK Kg Bharu
  13. SK Pendidikan Khas Kg Bharu
  14. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Fletcher
  15. SK Jalan Kuantan 2
  16. SK Padang Tembak 1
  17. SK Padang Tembak 2
  18. SK Polis Depot
  19. SK Jalan Gurney 1
  20. SK Jalan Gurney 2
  21. SK Jalan Raja Muda
  22. SJKC Lai Meng
  23. SMK Maxwell 
  24. SMK Kiaramas
  25. SJKT Appar
  26. SJKC Chung Kwok
  27. SK (L) Jalan Batu
  28. SK (P) Jln Batu
  29. SK Pendidikan Khas Jln Batu
  30. SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Taman Maluri
  31. SK Kiaramas
  32. SMK (P) Bandaraya
  33. SMK (P) Jalan Pudu
  34. SMK (P) Methodist KL
  35. SJKC Kuen Cheng 1
  36. SK Jalan Hang Tuah
  37. SK (P) Pudu
  38. SJKC Kung Min
  39. SK Jalan Pasar
  40. SK Dato Abu Bakar
  41. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah  

 

SELANGOR:

  1. SK Lembah Subang
  2. SK Assunta (Satu)
  3. SK (L) Bukit Bintang (1)
  4. SK Methodist, PJ
  5. SK Jalan Selangor (Satu)
  6. SK 2 Jalan Selangor
  7. SK Satu Sultan Alam Shah
  8. SK 2 Sultan Alam Shah
  9. SK Sungei Way
  10. SJK(T) Vivekananda
  11. SMK Sri Utama
  12. SMK Lembah Subang
  13. SMK Assunta
  14. SMK (L) Bukit Bintang
  15. SMK Katholik
  16. SMK La Salle, Petaling Jaya
  17. SMK Sultan Abdul Samad
  18. SMK (P) Tmn Petaling 
  19. SK TUDM Subang
  20. SK TTDI Jaya
  21. SK Bukit Jelutong
  22. SMK TTDI Jaya
  23. SMK Shah Alam
  24. SMK Bukit Jelutong
  25. SK Cyberjaya
  26. SK Taman Putra Perdana
  27. SK Taman Putra Perdana 2
  28. SJK (C) Union
  29. SMK Cyberjaya
  30. SMK Putra Perdana 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan