NIBONG TEBAL, 16 Mei (Bernama) -- Penghuni di tiga rumah di Kampung Stesen, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.27 malam sebelum jentera bomba digegaskan ke lokasi.
"Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak di sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi. Kebakaran kemudian merebak ke dua rumah yang terletak bersebelahan.
"Kebakaran dapat dikawal pada 11.46 malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira sejam kemudian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi pemadaman melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal serta Sungai Bakap dibantu lapan Pasukan Bomba Sukarela berhampiran.
Jumlah kerugian dan punca kebakaran, katanya sedang disiasat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial