WILAYAH - TIMUR > BERITA

WARGA EMAS HILANG DITEMUKAN LEMAS

15/05/2025 09:49 PM

KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Warga emas Saudah Mat Zin yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di Sungai Setol, Bukit Jawa, Selising di Pasir Puteh hari ini. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata Saudah, 71, ditemukan pada 12.30 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis dan bomba. 

“Warga emas itu dilihat kali terakhir pada 7.25 malam semalam, di sebuah rumah di Kampung Bukit Tanah, Selising,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau meminta mereka mempunyai maklumat lanjut berhubung kematian warga emas itu supaya menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dengan menelefon 09-7867222 atau Balai Polis Selising di 09-7891222 atau di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan