WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KERANI WANITA RUGI RM465,200 TERPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD

15/05/2025 07:54 PM

BUKIT MERTAJAM, 15 Mei (Bernama) -- Seorang kerani sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM465,200 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan dalam talian yang tidak wujud, Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 47 tahun itu mendakwa mengetahui mengenai pelaburan itu menerusi iklan di Facebook, sebelum berurusan dengan seorang wanita melalui WhatsApp. 

Beliau berkata kerani wanita itu pada mulanya diminta memuat turun satu aplikasi untuk mendaftar sebagai ahli dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 60 peratus dalam tempoh singkat. 

“Wanita itu telah melakukan 14 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank seperti diarahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata wanita itu mula berasa sangsi apabila gagal mengeluarkan keuntungan seperti dinyatakan dalam aplikasi itu, sebaliknya diminta menambah wang pelaburan untuk berbuat demikian.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah semalam. 

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan