WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUAMI WANITA MAUT TERCAMPAK KELUAR DARI VAN DI KESAS DIDAKWA DALAM MASA TERDEKAT

14/05/2025 04:17 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari van yang dinaikinya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya pada 6 Mei lepas akan dituduh dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan kematian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program derma darah sempena Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 6 Mei lepas, seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya KESAS dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat pertengkaran antara mangsa dengan suaminya.

Sementara itu, mengenai kes penemuan mayat bayi lelaki di Sungai Klang pada 9 Mei lepas, Mohamed Usuf berkata siasatan masih dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan