WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LIONEL MESSI LEDAK GOL, BANTU INTER MIAMI BENAM NEW YORK RED BULLS 4-1

04/05/2025 06:43 PM

LONDON, 4 Mei (Bernama-PA Media/dpa) -- Inter Miami kembali menemui rentak selepas Lionel Messi mempamerkan aksi cemerlang dengan satu jaringan serta membantu skuad The Herons menewaskan New York Red Bulls 4-1, lapor PA Media/dpa.

Selepas tewas kepada Dallas dalam aksi terdahulu yang menamatkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah, Inter Miami pantas menguasai permainan dan membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi Fafa Picault.

Marcelo Weigandt menggandakan kelebihan pada minit ke-30, sebelum Luis Suarez menamatkan kemarau jaringan sejak 2 Mac dengan gol ketiga Miami menjelang waktu rehat separuh masa pertama.

New York Red Bulls cuba bangkit apabila Mohammed Sofo menyempurnakan sepakan penjuru untuk merapatkan jurang.

Namun, Messi kembali mencuri tumpuan apabila meledak gol keempat Inter Miami pada minit ke-67, sekali gus memastikan kemenangan bergaya buat pasukannya.

-- BERNAMA-PA Media/dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan