NIBONG TEBAL, 4 Mei (Bernama) -- Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an, maut akibat kecederaan parah, termasuk melecur pada anggota badan.
Beliau berkata enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.
“Kemalangan melibatkan dua motosikal yang terbakar anggaran kemusnahan kedua-dua kenderaan itu dianggarkan 80 peratus.
“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini. Seorang parah di bahagian kaki akibat tersepit dan melecur, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi terbakar dan melecur 50 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap,” katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata kerja-kerja pemadaman kebakaran dapat dapat dikawal pada 12.32 tengah malam dan operasi tamat pada 1.25 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial