IPOH, 25 April (Bernama) -- Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Ayer Tawar di sini kerana menjual pelbagai barang kemas menggunakan cap dagang jenama terkenal pada Rabu lepas.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan menerusi Op Jenama pada 10 pagi itu, pihaknya telah merampas barang kemas bernilai lebih RM8,908.
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan risikan selama seminggu selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagang.
"Siasatan awal dilakukan oleh empat pegawai KPDN Cawangan Manjung mendapati premis kedai emas itu menggunakan cap dagang yang dipakai dengan salah di bawah jenama emas tulen terkenal.
"Hasil pemeriksaan lanjut kita telah menyita 17 barang kemas berupa empat cincin dan subang emas dan sembilan loket emas termasuk sebentuk cincin perak dianggarkan bernilai RM8,908," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamalludin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial