KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikatnya Petronas LNG Ltd (PLL) memuktamadkan penghantaran kargo gas asli cecair (LNG) pertamanya kepada anak syarikat PetroVietnam (PVN), PetroVietnam Gas (PV Gas).
Petronas menerusi satu kenyataan hari ini berkata penghantaran tersebut menandakan permulaan kerjasama antara PLL dengan PV Gas.
Kargo LNG itu dihantar dari Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak, ke Terminal LNG Thi Vai di Wilayah Ba Ria-Vung Tau.
Naib presiden pemasaran dan perdagangan LNG Petronas, Shamsairi Ibrahim berkata Petronas terus komited menyokong PVN bagi memenuhi permintaan elektrik di Vietnam dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan industrinya.
"Penghantaran sulung LNG ini merupakan pencapaian penting dalam perkongsian kami dan meletakkan asas bagi kerjasama yang lebih kukuh pada masa depan, memastikan jamiman tenaga dan menyumbang kepada peralihan tenaga Vietnam," katanya.
Kargo itu diangkut oleh Seri Ayu, kapal LNG yang disewa daripada anak syarikat Petronas, MISC Bhd.
Pada masa depan, Petronas dan PVN akan terus mencari ruang baharu bagi kerjasama perniagaan LNG.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial