WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA RAMPAS 14 TAN CILI DI BUKIT KAYU HITAM

20/04/2025 03:41 PM

ALOR SETAR, 20 April (Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas cili seberat 14,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.

AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan sekitar 9.40 malam selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ia tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading, Packaging and Labeling) seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang sah,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan rutin dilakukan ke atas kontena import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, dan notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 dikeluarkan.

Barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan