WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DUA PPS DIBUKA DI PERAK TEMPATKAN MANGSA RIBUT DI PERAK TENGAH, LMS

14/04/2025 09:23 AM

IPOH, 14 April (Bernama) -- Sebanyak 102 penduduk daripada 31 keluarga yang menjadi mangsa ribut di Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama (LMS) dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Serbaguna Taman Kaya di Taiping dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Perak Tengah. 

"PPS di Taiping yang dibuka pada 7 malam menempatkan 27 mangsa daripada 14 keluarga dari Kampung Pak Darus, Taman Damai dan Taman Kaya. 

"Begitu juga PPS di SK Sungai Jejawi dibuka 11 malam tadi dengan 75 mangsa daripada 17 keluarga di Kampung Sungai Timah, Sungai Durian, Sungai Buaya, Seberang Perak dan Kampung Belia Sungai Pari ditempatkan di situ," menurut kenyataan itu. 

Dalam kejadian petang semalam, hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama pada 4.30 hingga 6.30 petang menyebabkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora namun amaran hujan berterusan dijangka berlaku di dua daerah iaitu LMS dan Kerian hari ini. 

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan