KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Perjuangan pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam pertembungan berlangsung selama 41 minit di Lakeshore Sport & Fitness itu, Weaver yang diletakkan selaku pilihan keempat itu telah mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan Sivasangari 11-3, 8-11, 11-4, 11-5 sekali gus melangkah ke separuh akhir.
Weaver dijadualkan berdepan juara dunia tujuh kali Nour El Sherbini dari Mesir pada separuh akhir.
Kekalahan pemain berusia 26 tahun menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki Ng Eain Yow turut terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.
Eain Yow tewas 0-3 kepada pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir dengan 4-11, 6-11, 7-11.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial