SUKAN > BERITA

MALAYSIAN TIGRESS MAHU BINA SKUAD TERBAIK DI CHINA

03/05/2025 04:25 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Skuad Hoki Wanita Kebangsaan mahu memastikan siri jelajah di China, digunakan sebaiknya sebagai medan membentuk kombinasi mantap menjelang persiapan Piala Negara-Negara 2, yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 22 Jun ini di Walcz, Poland.

Ketua jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata siri jelajah berkenaan ialah tugasan antarabangsa kedua pada tahun ini, selepas siri perlawanan persahabatan berdepan Afrika Selatan, Februari lepas.

“Bagi saya, bukan soal menang kalah semata-mata, tapi saya mahu melihat komitmen dan kesungguhan semua. Ini bukan jelajah suka-suka, ini peluang pemain untuk buktikan kemampuan mereka.

“Harapan kami ialah ingin melihat semangat juang tinggi, bagaimana pemain cepat menyesuaikan diri dalam perlawanan dan jangan takut untuk membuat kesilapan, namun mereka perlu cepat belajar daripada kesilapan tersebut,” katanya dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini.

Mohd Nasihin menegaskan aspek taktikal menjadi keutamaan dalam siri jelajah kali ini, sambil berharap para pemain muda dapat belajar dengan pantas dan menimba sebanyak mungkin pengalaman di China.

Malaysian Tigress akan berlepas ke China pada Isnin (5 Mei) bagi mengharungi tujuh perlawanan persahabatan, yang telah diatur berdepan Liaoning Province selain sesi latihan yang telah dirangka oleh barisan kejurulatihan.

Perlawanan persahabatan pertama akan berlangsung pada 7 Mei, disusuli 8 Mei dan seterusnya pada 10 dan 11 Mei, diikuti 13 serta 15 Mei dan menutup siri jelajah itu pada 17 Mei sebelum pulang ke tanah air keesokannya.

Berikut senarai 23 pemain yang dipilih bagi menyertai Siri Jelajah China:- 

 

PENJAGA GOL

Siti Zalia Nasir

Nur Hazlinda Zainal Abidin

Fitrinur Amiera Ramlee

 

PERTAHANAN

Juliani Mohamad Din

Nurul Fatin Fatiah Azman

Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin

Dayang Nuramirah Abang Mahadini

Anith Humaira Baharudin

Nur Aisyah Che Musa

Zawiatul Akma Hartomo

Nur Syahirah Azwan

 

TENGAH

Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad

Siti Nur Arfah Mohd Nor

Nur Insyirah Effarizal

Nur Nabila Alia Yussaini

Siti Nur Atika Shaikh Maznan

Siti Nur Irdina Mohd Nor

Nur Shamine Azureen Mohammad Badusha

 

PENYERANG

Nur Afiqah Syahzani Azhar

Azmyra Mia Sofea Azhari

Siti Zulaikha Husain

Zati Alyani Muhammad Zubir

Fatin Shafika Mahd Sukri

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan