SUKAN > BERITA

KBS GALAK PENGANJURAN KEJOHANAN BERTARAF ANTARABANGSA - ADAM ADLI

28/04/2025 05:02 PM

MELAKA, 28 April (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan lebih banyak kejohanan berprestij dianjurkan bagi membuka ruang kepada atlet muda menimba pengalaman di pentas antarabangsa.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata penganjuran Kejohanan Antarabangsa Persekutuan Tenis Asia (ATF) Bawah 14 Tahun di Ayer Keroh, bermula hari ini, adalah contoh terbaik usaha tersebut.

“Kejohanan ini membolehkan pemain muda tempatan bersaing dengan peserta luar tanpa perlu ke luar negara. Ia merupakan platform penting untuk meningkatkan prestasi dan pengalaman dalam suasana kompetitif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan itu di Kompleks Tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Lawn Tenis Melaka (MLTA) Shahrul Hafidz Ab Rahim berkata kejohanan yang berlangsung hingga 3 Mei itu disertai 90 pemain termasuk 20 wakil Malaysia.

Katanya peserta datang dari 16 negara antaranya Hong Kong, Korea, Australia, Indonesia, Jepun, India, Great Britain dan Amerika Syarikat.

“Penganjuran ini bertujuan memberi peluang kepada pemain tempatan bersaing dengan bakat antarabangsa sekali gus mengutip mata ranking dunia,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan