KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Penulis dan editor sukan veteran, R.D Selva, meninggal dunia pada usia 78 tahun di sebuah pusat kebajikan di sini, jam 4 petang tadi.
Berita pemergian mendiang disahkan rakan rapatnya George Dass ketika dihubungi Bernama.
Selva dikenali ramai menerusi majalah sukan popular All Sports dan Sports Mirror, selain terbabit dalam penerbitan beberapa edisi khas Piala Dunia FIFA.
“Dialah yang beri saya peluang jadi wartawan sukan. Kerjaya saya bermula dari situ. Saya akan sentiasa hargai jasa Selva.
“Sports Mirror juga pernah buat laporan penyiasatan, antaranya isu bookie yang terbabit dalam Final Piala Malaysia 1981,” katanya.
Upacara pengebumian dijadual berlangsung esok, manakala penghormatan terakhir akan diadakan jam 1.30 tengah hari di Krematorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial