JOHOR BAHRU,9 April (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi untuk melawat pusat latihan serba canggih kelab itu di Paris semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, baginda juga akan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) antara PSG menentang Aston Villa di Parc des Princes malam ini.
“PSG Campus yang dibina pada 2024 adalah antara kemudahan latihan bola sepak elit paling moden di dunia.
“Ia berfungsi sebagai pusat latihan setempat untuk pasukan bola sepak dan bola baling PSG, termasuk akademi mereka,” menurut hantaran itu.
Turut hadir mengiringi Tunku Mahkota Ismail adalah penasihat khas baginda Tim Cahill, Duta Sukan Johor Sonny Bill Williams, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Luis Garcia serta Pengarah Sukan JDT Kiko Insa.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial