SUKAN > BERITA

54 PROGRAM DILULUSKAN, PERUNTUKAN RM1.6 JUTA UNTUK KWASN - HANNAH 

08/04/2025 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Sebanyak 54 program berjumlah RM1,649,195 di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diluluskan tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Hannah berkata kelulusan berkenaan membuktikan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat sukan negara.

Sehubungan itu, Hannah menggalakkan mereka yang memenuhi kriteria untuk memohon KWASN.

“Kejayaan bermula dengan langkah pertama yang berani. Marilah kita membina sebuah negara sukan yang berjaya dengan setiap bakat layak menerima peluang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KWASN adalah geran yang diwujudkan bagi membantu badan sukan kebangsaan serta atlet bebas menganjurkan program atau aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ia juga bertujuan membantu penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki ranking mereka.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn.html.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan