MODEL PEMBAKARAN BITGET TOKEN (BGB) DIKEMAS KINI DENGAN PEMBAKARAN SUKU TAHUN PERTAMA MELEBIHI 30 JUTA TOKEN

10/04/2025 05:41 PM

VICTORIA, Seychelles, 10 April (Bernama) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan kemas kini yang signifikan bagi mekanisme pembakaran Bitget Token (BGB). Pemertingkatan ini memperkenalkan model berasaskan utiliti yang menghubungkan jumlah pembakaran suku tahunan BGB dengan penggunaan dalam rantaiannya, yang menandakan evolusi token ke arah ketelusan, pematuhan dan nilai token yang lebih tinggi.

Untuk memberikan gambaran yang lebih baik terhadap penyepaduan BGB yang semakin berkembang merentasi ekosistem terpusat dan tak terpusat, mekanisme pembakaran baharu itu mengaitkan volum pembakaran suku tahunan dengan jumlah BGB yang digunakan untuk yuran gas dalam rantaian melalui akaun GetGas Bitget Wallet. Dengan mengikat pembakaran kepada penggunaan sebenar, model tersebut memudahkan transformasi BGB sebagai aset utama dalam Web3 dan aplikasi dunia sebenar. Formula pembakaran mengambil kira penggunaan BGB sebagai bayaran gas, harga purata suku tahunan dan pemalar yang dipratentukan untuk memastikan proses yang dinamik dan boleh disahkan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan