EKONOMI > BERITA

KHAZANAH BATAL MAJLIS RUMAH TERBUKA SUSULAN PEMERGIAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

15/04/2025 09:48 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd membatalkan acara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 syarikat itu yang dijadualkan hari ini sebagai menghormati pemergian mantan Perdana Menteri kelima dan bekas Pengerusinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam kenyataannya, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan itu berkata majlis itu sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Ketika negara berkabung atas pemergian Tun Abdullah, kami turut berdukacita dan ingin memaklumkan bahawa Rumah Terbuka Hari Raya 2025 Khazanah telah dibatalkan.

“Doa kami mengiringi Tun Abdullah selain ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham," katanya.

Abdullah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.10 malam semalam pada usia 85 tahun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan