KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-13 (23 - 29 Mac 2025), sebanyak 1,021 kes demam denggi dan tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan, berbanding 1,129 kes (penurunan 9.6%) dan tiada kematian pada minggu sebelumnya. Secara kumulatif, jumlah kes demam denggi sehingga kini adalah sebanyak 16,296 kes dengan 10 kematian, berbanding 44,144 kes (penurunan 63.1%) dan 31 kematian (penurunan 67.7%) untuk tempoh yang sama tahun 2024.
Walau bagaimanapun, bilangan lokaliti hotspot telah meningkat kepada 21 lokaliti pada Minggu Epidemiologi ke-13 berbanding 20 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya (peningkatan 0.05%). Daripada 21 lokaliti yang dilaporkan, 14 lokaliti adalah di Negeri Selangor (67%), tiga (3) lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (14%), dua (2) lokaliti di Negeri Sabah (9%), satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan (5%) dan satu (1) lokaliti di Negeri Kedah (5%).
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial