POLITIK > BERITA

PRK DUN AYER KUNING: PUSAT PENAMAAN CALON DIBUKA

12/04/2025 09:09 AM

TAPAH, 12 April (Bernama) -- Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka di sini dibuka, 9 pagi ini.

Proses penamaan calon berlangsung selama satu jam hingga pukul 10 pagi, sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori mengumumkan calon-calon yang layak bertanding.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, manakala pengundian awal dijadualkan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 25 April.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai seramai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan