PASARAN > BERITA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH BERIKUTAN KELEMAHAN DALAM NIAGA HADAPAN SERANTAU

20/05/2025 06:35 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, terjejas akibat kelemahan dalam petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran juga menerima kesan akibat ketidakpastian yang tinggi terhadap dasar tarif Amerika Syarikat (AS). 

"Niaga hadapan getah Jepun menjunam pada Selasa selepas menerima tekanan oleh data ekonomi yang kurang bermaya dari Beijing termasuk pengukuhan yen, walaupun penurunan tersebut diimbangi oleh keadaan cuaca pengeluar getah seperti Thailand yang semakin memburuk," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh harga minyak mentah yang mantap dan keyakinan yang diperbaharui terhadap rangsangan selanjutnya di China dan pengenduran perang perdagangan antara AS dan China.

Sementara itu, pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menyusut sebanyak 11.5 sen kepada 753.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun satu sen kepada 610.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan