Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 peratus atau 7.16 mata kepada 1,542.74 daripada 1,549.90 ketika ditutup semalam.
Maybank dan CIMB merupakan penyumbang utama kepada penurunan indeks penanda aras, masing-masing merosot 12 sen kepada RM9.88 dan 8.0 sen kepada RM6.87 dengan jumlah sumbangan negatif sebanyak 3.55 mata.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.31 mata lebih tinggi pada 1,550.21 dan bergerak antara 1,541.45 dan 1,551.59 sepanjang hari.
Di keseluruhan pasaran, bagaimanapun, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 514 berbanding 407 manakala 479 kaunter tidak berubah, 951 tidak diniagakan dan sembilan lagi digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 3.36 bilion unit bernilai RM2.71 bilion berbanding 2.84 bilion unit bernilai RM2.43 bilion yang dicatatkan pada Rabu.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata indeks penanda aras tempatan gagal untuk meneruskan momentum daripada kenaikan semalam berikutan sentimen menjadi berhati-hati walaupun latar belakang global secara amnya menyokong secara meluas.
"Seperti dijangka, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dasarnya pada 4.25 hingga 4.5 peratus sambil memberi amaran tentang ketidaktentuan yang memuncak serta menandakan risiko dua hala.
"Selain daripada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia juga berakhir hari ini dengan keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kestabilan dasar domestik ini nampaknya memberikan dorongan kepada sektor utiliti yang memimpin peningkatan hari ini.
"Walaupun terdapat penurunan di pasaran yang lebih luas, kami mengekalkan pandangan positif iaitu lonjakan terkini FBM KLCI masih utuh dengan potensi untuk menguji paras 1,555 dan yang terakhir dilihat pada 4 Mac, hari apabila Presiden AS Donald Trump mengumumkan gelombang pertama tarif ke atas import.
"Paras ini mempunyai kepentingan sejarah dan mencerminkan kepekaan indeks terhadap perkembangan dasar perdagangan global," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.45, CelcomDigi merosot 4.0 sen kepada RM3.87, Hong Leong Bank susut 6.0 sen kepada RM19.94 manakala Tenaga Nasional meningkat 14 sen kepada RM14.30 dan IHH Healthcare bertambah 1.0 sen kepada RM7.01.
Dalam kalangan saham aktif, Nationgate meningkat 9.0 sen kepada RM1.58, Tanco naik 1.5 sen kepada 91.5 sen, Velesto dan MYEG masing-masing memperoleh setengah sen kepada 16 sen dan 90 sen manakala Fibromat merosot 5.5 sen kepada 49.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.78 mata kepada 11,491.81, Indeks FBMT 100 kehilangan 34.28 mata kepada 11,257.03 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 4.68 mata kepada 11,433.33.
Indeks FBM 70 memperoleh 21.79 mata kepada 16,266.03 dan Indeks FBM ACE naik 9.25 mata kepada 4,660.86.
Merentas sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 133.72 mata kepada 18,054.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.72 mata kepada 153.01, Indeks Tenaga naik 1.39 mata kepada 686.44 manakala Indeks Perladangan merosot 104.26 mata kepada 7,201.03.
Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 133.72 mata kepada 18,054.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri bertambah 0.72 mata kepada 153.01, Indeks Tenaga meningkat 1.39 mata kepada 686.44 manakala Indeks Perladangan merosot 104.26 mata kepada 7,201.03.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.57 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 1.42 bilion unit bernilai RM2.16 bilion semalam.
Jumlah dagangan waran berkembang kepada 1.38 bilion unit bernilai RM184.14 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM150.97 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 403.45 juta unit bernilai RM138.55 juta daripada 371.32 juta unit bernilai RM118.03 juta pada Rabu.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 228.50 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (245.19 juta), pembinaan (95.94 juta), teknologi (231.02 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (71.77 juta), hartanah (208.30 juta), perladangan (23.20 juta), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) (11.16 juta), dana tertutup (6,100), tenaga (183.28 juta), penjagaan kesihatan (90.61 juta), telekomunikasi dan media (60.27 juta), pengangkutan dan logistik (42.91 juta), utiliti (77.35 juta) serta amanah perniagaan (57,200).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial