PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA ALAMI PENURUNAN SELEPAS DIBUKA TINGGI EKORAN PENGAMBILAN UNTUNG SEDERHANA

08/05/2025 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun mengalami penurunan selepas itu ekoran pengambilan untung sederhana berikutan kebimbangan baharu terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.

Pada 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.08 mata kepada 1,547.82, turun daripada 1,549.90 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.21 mata lebih tinggi kepada 1,550.21.

Jumlah dagangan 389.23 juta saham bernilai RM156.08 juta.

Lingkungan pasaran sedikit negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 212 berbanding 198, manakala 329 kaunter tidak berubah, 1,612 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kalangan pelabur akan memantau Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) China di samping menumpukan kepada perkembangan terkini berkenaan dasar perdagangan untuk menyusun pegangan mereka secara strategik.

“Kami menjangkakan tema kecerdasan buatan (AI) mendapat semula momentum berikutan rancangan pentadbiran (Presiden Amerika Syarikat) (Donald) Trump untuk menyemak sekatan perdagangan cip yang dipanggil peraturan ‘AI diffusiom’ dari era (Joe) Biden yang mengehadkan cara teknologi AS dieksport ke luar negara.

“Memandangkan langkah positif Nvidia, dalam keadaan kemungkinan semakan ke atas sekatan perdagangan cip, minat belian dijangka kembali ke dalam pasaran tempatan, terutama dalam sektor teknologi,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 2.0 sen kepada RM9.98, CIMB susut 3.0 sen kepada RM6.92, IHH Healthcare meroost 6.0 sen kepada RM6.94, manakala Public Bank naik 3.0 sen kepada RM4.50 dan Tenaga Nasional kekal tidak berubah pada RM14.16.

Antara saham aktif, NationGate meningkat 9.0 sen kepada RM1.58, Jiankun menambah setengah sen kepada 3.0 sen, Pharmaniaga naik 3.0 sen kepada 28.5 sen manakala Fibromat susut 8.5 sen kepada 46.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 12.49 mata kepada 11,507.10, Indeks FBMT 100 turun 11.37 mata kepada 11,279.94 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 29.45 mata kepada 11,408.56.

Indeks FBM 70 menguncup 1.30 mata kepada 16,242.94 manakala Indeks FBM ACE susut 4.16 mata kepada 4,647.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.35 mata kepada 18,188.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.24 mata kepada 152.05, Indeks Tenaga berkurangan 1.20 mata kepada 683.85 dan Indeks Perladangan susut 33.48 mata kepada 7,271.81.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan