PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

16/04/2025 07:27 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif perdagangan global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.51 mata mewakili 0.64 peratus kepada 1,476.92 berbanding paras penutup 1,486.43 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.02 mata lebih tinggi kepada 1,486.45 dan bergerak antara 1,472.84 dan 1,487.50 sepanjang hari.

 Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 320, manakala 434 kaunter tidak berubah, 1,071 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.00 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 3.36 bilion unit bernilai RM1.91 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kedudukan pasaran yang tidak banyak berubah hari ini dilihat sebagai tindak balas semula jadi terhadap ketidaktentuan yang berlaku.

 "Disebabkan dasar yang berubah-ubah, turun naik pasaran kekal tinggi, dan ini menjadikan aktiviti pengambilan untung strategi yang rasional dan berhemat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek berkata kebimbangan itu semakin meningkat apabila Presiden AS Donald Trump menggesa rundingan terus dengan China berikutan keputusan Beijing untuk menangguhkan penghantaran jet Boeing kepada syarikat penerbangannya.

“Bagaimanapun, kami percaya ketidakstabilan perdagangan ini akan beransur-ansur reda, terutamanya dalam kalangan negara yang memilih untuk berunding berbanding tindakan balas.

“Pelabur juga sedang menunggu dengan teliti kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai ekonomi AS lewat hari ini di The Economic Club of Chicago, yang dijangka memberikan pandangan kritikal mengenai dasar monetari dan prospek ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata turun naik pasaran semakin reda berikutan penangguhan langkah tarif AS.

"Sentimen keseluruhan nampaknya bertambah baik, dan kami melihat aktiviti pengambilan untung hari ini sebagai pembetulan pasaran yang sihat. Jika indeks menembusi melebihi paras psikologi 1,500, kami menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam jangka masa terdekat," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 10.0 sen kepada RM9.84, Public Bank merosot 1.0 sen kepada RM4.30, CIMB Group dan IHH Healthcare naik 1.0 sen masing-masing kepada RM6.71 dan RM6.82, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.44.

Antara saham aktif, Pertama Digital meningkat 1.0 sen kepada 14 sen, Revenue Group dan Iskandar Waterfront naik setengah sen masing-masing kepada 9.5 sen dan 38 sen, manakala Dataprep Holdings dan MY E.G. Services masing-masing susut 2.0 sen kepada 13.5 sen dan 90.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 75.47 mata kepada 10,963.73, Indeks FBMT 100 susut 73.77 mata kepada 10,749.86, Indeks FBM Emas Shariah turun 78.79 mata kepada 10,774.972, Indeks FBM 70 merosot 124.18 mata kepada 15,426.10, dan Indeks ACE FBM susut 22.53 mata kepada 4,515.23.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan susut 21.40 mata kepada 7,184.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 109.70 mata kepada 17,717.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.80 mata kepada 143.48, dan Indeks Tenaga merosot 8.13 mata kepada 646.75.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.17 bilion unit bernilai RM1.36 bilion daripada 1.32 bilion unit bernilai RM1.60 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.53 bilion unit bernilai RM191.02 juta daripada 1.62 bilion unit bernilai RM189.06 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 292.67 juta unit bernilai RM90.03 juta daripada 418.22 juta unit bernilai RM120.69 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 237.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (149.44 juta), pembinaan (87.87 juta), teknologi (212.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.97 juta), hartanah (143.34 juta), perladangan (19.90 juta), REIT (5.02 juta) dana tertutup (23,000), tenaga (91.11 juta), penjagaan kesihatan (77.59 juta), telekomunikasi dan media (30.12 juta), pengangkutan dan logistik (21.26 juta), utiliti (38.12 juta), dan amanah perniagaan (2,200).

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan