PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SUSULAN JUALAN KOMODITI GLOBAL, KETIDAKPASTIAN TARIF AS

07/04/2025 10:56 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan penjualan global dalam komoditi disebabkan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Beliau berkata harga minyak mentah Brent dan minyak kacang soya yang lebih rendah juga memberi tekanan ke atas harga berkenaan.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,300," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun RM140 kepada RM4,562 setiap tan manakala Mei 2025 dan Julai 2025 masing-masing berkurang RM136 kepada RM4,338 dan RM4,094.

Kontrak Jun 2025 menyusut sebanyak RM143 kepada RM4,185 setiap tan, Ogos 2025 kehilangan RM121 kepada RM4,042 dan September 2025 merosot RM101 kepada RM4,023.

Jumlah dagangan melonjak kepada 110,726 lot daripada 90,621 lot ketika ditutup Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 253,375 kontrak daripada 254,177 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan menyusut RM130 untuk berada pada RM4,650 setiap tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan