AM

Azam Baki Dianugerahkan Professor Of Practice AeU

22/05/2025 09:50 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dianugerahkan Professor of Practice Asia e University (AeU) sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dan universiti itu di sini hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah AeU Profesor Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Halim sebagai mengiktiraf pengalaman lebih tiga dekad Azam dalam bidang integriti selain memacu agensi antirasuah itu ke arah mencapai misi dan visi dengan komitmen terhadap keadilan.

Menurut kenyataan itu, Azam dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima khususnya dan kepada SPRM secara am.

Sementara itu, Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Mohd Hafaz Nazar dalam ucapannya berkata penganugerahan dan pemeteraian MoU berkenaan akan membuka ruang kepada kerjasama baharu dalam pencegahan rasuah.

“Tujuan kerjasama ini diadakan adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai SPRM yang berpendidikan tinggi melalui program Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL.Q) sekali gus memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan dan pelaksanaan polisi antirasuah,” katanya.

Pada majlis itu, SPRM diwakili Mohd Hafaz manakala AeU diwakili Naib Canselor Profesor Dr Noor Raihan Ab Hamid dengan disaksikan oleh Azam serta Pengasas merangkap Presiden AeU Profesor Datuk Dr Ansary Ahmed.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan