AM

Semakan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Bermula Hari Ini - KPM

21/05/2025 09:20 AM

PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula pukul 10 pagi.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh dibuat menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara dalam talian akan dibuka bermula esok (22 Mei) hingga 21 Jun melalui laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.

“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang sama, mulai hari ini hingga 21 Jun.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan