Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan disebabkan ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US, kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun melonjak pada Isnin berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin reda walaupun peningkatan dihadkan oleh prospek bekalan yang lebih kukuh oleh pengeluar utama Thailand.
Pada 4.50 pm, ringgit merosot kepada 4.2935/4.2975 berbanding dolar US daripada 4.2900/2980 ketika ditutup pada Jumaat.
“Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kerugian dalam harga minyak mentah dalam persekitaran kebimbangan mengenai rundingan perdagangan AS-China dan jangkaan bahawa data ekonomi China akan menjadi lebih lemah,” kata peniaga itu kepada Bernama.
Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent merosot 0.79 peratus kepada US$64.92 setong.
Sementara itu, pada pukul 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM 20) naik 5.5 sen kepada 764.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 2.5 sen kepada 611.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial