SEREMBAN, 14 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited memastikan pegawainya terutama yang belum disahkan dalam perkhidmatan memenuhi tahap kompetensi ditetapkan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Junipah Wandi berkata penekanan diberikan kepada pembentukan pegawai yang bukan sahaja berpengetahuan dan mahir, tetapi juga berintegriti serta beretika tinggi.
“Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam membentuk modal insan SPRM yang berkualiti tinggi dari peringkat awal kerjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPRM turut bersama-sama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Perdana Menteri menjalankan Kajian Impak Pegawai SPRM Dalam Tempoh Tiga Tahun Selepas Penempatan (Kadet) bagi menilai aspek pengetahuan dan keberhasilan latihan dalam situasi sebenar tugas.
Hasil kajian berkenaan katanya akan membantu SPRM memperkemas modul latihan dan strategi pembangunan kompetensi pegawai secara menyeluruh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial