JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Tiga Lelaki Ceroboh Kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal

14/05/2025 10:56 AM

KUANTAN, 14 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Kampung Sang Lee, Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 38 hingga 51 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal di kawasan berkenaan pada 12.30 tengah hari.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata Pejabat Hutan Daerah Raub telah dihubungi untuk tindakan seterusnya mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencerobohan hutan di kawasan berkenaan diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-355 2222 bagi membantu pihak berkuasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan