DUNIA

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

14/05/2025 02:16 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut sebanyak 3.55 mata kepada 1,578.84 daripada 1,582.39 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.84 mata lebih tinggi kepada 1,583.23, dan bergerak dalam julat antara 1,573.44 hingga 1,583.67 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pasaran lebih luas adalah positif, dengan 489 kaunter untung mengatasi  401 kaunter rugi; 470 kaunter tidak berubah, 1,035 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.43 bilion saham bernilai RM1.42 bilion.

Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia berpotensi mengalami tekanan hari ini berikutan persekitaran enggan mengambil risiko dijangka meluas ke seluruh pasaran Asia hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.24, Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM14.30, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.51, CIMB rendah lapan sen kepada RM7.23 dan IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM7.06.

Dalam dagangan aktif, Nationgate mengukuh 11 sen kepada RM1.74, Tanco menambah satu sen kepada 94.5 sen, Notion menokok empat sen kepada 73.5 sen, Velesto naik setengah sen kepada 16.5 sen dan Genetec meningkat lapan sen kepada RM1.12.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 6.78 mata kepada 11,790.12, Indeks FBMT 100 rendah 14.58 mata kepada 11,546.07, dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 0.69 mata kepada 11,713.17.

Indeks FBM 70 menokok 24.08 mata kepada 16,785.86 dan Indeks FBM ACE meningkat 19.31 mata kepada 4,744.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 20.94 mata kepada 18,554.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.83 mata kepada 159.40, Indeks Tenaga naik 13.15 mata kepada 734.30 manakala Indeks Perladangan susut 19.11 mata kepada 7,336.62.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan