SEREMBAN, 7 Mei (Bernama) -- Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga maut, akhir bulan lepas.
V. Karthiy, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tiada rekod pengakuan daripada lelaki terbabit kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Karthiy didakwa menumbuk dada P. Sasi Kumar, 52, secara bertubi-tubi dan memukul sehingga menyebabkan kematian mangsa pada 2.30 petang, 27 April di Taman Rahang, di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur' Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala peguam AR Thamayanthy mewakili lekaki itu.
Hakim Hazeelia Muhammad kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan untuk serahan laporan perubatan dan laporan kimia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial