JENAYAH & MAHKAMAH

Amaran Suhu Ekstrem Berita Palsu - APM

02/05/2025 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan ada mengeluarkan amaran mengenai ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara seperti tular menerusi aplikasi WhatsApp.

APM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa amaran itu yang menyatakan suhu akan meningkat antara 45 hingga 55 darjah Celsius adalah tidak benar.

“APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Orang ramai juga diminta merujuk sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan