BUKIT MERTAJAM, 22 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang hari ini kekal 42 orang dengan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Permatang Pasir, di sini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata mereka terdiri daripada 13 keluarga dan masih berada di PPS itu kerana rumah belum dibersihkan.
“Tinjauan APM mendapati air telah surut hari ini, namun kami akan terus memantau bagi memastikan kawasan terlibat selamat sebelum mangsa dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam, bermula sekitar 1 pagi.
Antara kawasan terbabit ialah Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir dan Kubang Semang.
Turut terjejas ialah Kampung Telok berhampiran Kawasan Perindustrian Sungai Lokan dan Taman Desa Murni dekat Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song dan sekitar Butterworth.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial