AM

Sultan Pahang Saran Muip Wujudkan Pusat Rujukan Jawi

28/04/2025 08:24 PM

KUANTAN, 28 April (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi. 

Menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah menyarankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi. 

Baginda juga bertitah agar semua pihak yang berkaitan memberi komitmen berhubung hasrat itu kerana tulisan Jawi merupakan warisan besar Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara. 

“Agenda Jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti," titah baginda. 

Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 hari ini.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, yang juga Timbalan Yang Dipertuan MUIP. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan