AM

Melaka Hasilkan 50 Tan Beras, 5,000 Kampit Mula Dijual

28/04/2025 05:32 PM

MELAKA, 28 April (Bernama) -- Melaka berjaya menghasilkan 50 tan beras bagi tuaian musim pertama, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Akmal Saleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,000 kampit dengan setiap kampit 10 kilogram berharga RM26 dijual khusus kepada warganegara Malaysia sahaja.

“Ketetapan itu diambil bagi memastikan hanya rakyat Malaysia khususnya di Melaka sahaja mendapat manfaat beras istimewa yang dihasilkan daripada varieti benih padi MR 297. 

“Bagi memastikan tiada ketirisan, untuk permulaan, Beras Melaka hanya dijual melalui agensi iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menerusi pasar tani dan Agro Bazar di bawah FAMA dan tidak dijual di pasar raya untuk musim pertama,” katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) yang mahu tahu mengenai Projek Benih Padi Melaka.

Dr Muhamad Akmal berkata lebih banyak Beras Melaka akan dijual pada musim kedua bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Katanya walaupun harganya murah namun beras itu mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu lebih wangi dan tidak berkanji. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan