AM

Ustaz Yusri Janji Galas Tugas Sebaik Mungkin

27/04/2025 12:35 AM

TAPAH, 26 April (Bernama) -- Dr Mohamad Yusri Bakir berjanji menggalas tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning sebaik mungkin dan bertekad melaksanakan segala tawaran yang telah dikemukakan dalam manifesto beliau.

Mohamad Yusri, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini, berkata keutamaan beliau kini adalah memastikan manifestonya diusaha dan dilaksanakan demi kebaikan penduduk di DUN tersebut.

“Insya-Allah, apa yang kita tekadkan dan tawarkan dalam manifesto itu kita akan usahakan sehingga mencapai tahap yang baik untuk keselesaan serta kebaikan penduduk di kawasan DUN Ayer Kuning,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK berkenaan di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Dikenali sebagai Ustaz Yusri, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera yang bertungkus lumus untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Mohamad Yusri juga merancang untuk menyantuni penduduk di kampung halaman beliau di Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini pagi esok.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu menang dengan majoriti 5,006 undi selepas meraih 11,065 undi menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan