BEIJING, 25 April (Bernama-CMG) -- Kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-20 berjaya bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas China pada 11.49 malam Khamis.
Selepas itu, tiga angkasawan Shenzhou-20 memasuki stesen angkasa lepas dan berjumpa dengan kru Shenzhou-19, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Kapal Shenzhou-20 dilancarkan menggunakan roket pembawa Long March-2F di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 5.17 petang Khamis waktu Beijing.
Kira-kira 10 minit kemudian, kapal angkasa lepas itu berpisah dengan roket dan memasuki orbitnya.
Menurut CMSA, kru Shenzhou-20 akan mengadakan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-19, mengadakan pelbagai eksperimen saintifik, di samping menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA), pemasangan kelengkapan perlindungan serpihan dan sebagainya.
Sehingga kini, China berjaya menghantar 26 angkasawan ke ruangan angkasa lepas.
CMSA berkata kru Shenzhou-19 dijadual akan kembali ke Bumi pada 29 April ini.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial