AM

MetMalaysia Uji Siren Amaran Awal Tsunami Di Balik Pulau Esok

21/04/2025 06:09 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 9 pagi hingga 12 tengah hari esok.

MetMalaysia dalam hantaran di platform X memaklumkan langkah itu bertujuan menguji sistem siren tsunami baharu bagi Site Acceptance Test (SAT) di lokasi berkenaan.

"Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren berkenaan kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

"MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan